Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 24, 2011

Mee udang

salam semua... tengah sibuk masak tuk lunch ker?.... x tau nak masak apa lagi untuk tengahari ni.... mee ni kak rose buat tuk dinner semalam.... abang kata dah lama x buat mee udang ni tu yg kak rose buat jugak petang semalam.... kebetulan semua bahan pun ada cuma kangkong tu jer yg x de... so kak rose gantikan dengan sawi yg dicelur... jadila kan asal ada sayur dalam tu... tp kan mee udang mesti nak ada kangkung gitu.... barulah rasa asli mee udang!

macih banyak2 pd ros@jintanmanis sbb share, resepi ni dulu dah penah buat (kat sini) sbb bahan dan cara buat dia simple jer... meh kita tengok....

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna 1/2 pack spagetti angel hair)
6 ekor udang harimau saiz besar (guna udang besa2 jer)
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air


bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus ( x de - ganti dengan sawi jer)
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

hmmm.... terasa lapo lak nengok mee udang nih!

12 comments:

izahdaut said...

tu diaaa..lawa nya mee udg tu..
nk semangkuk kak!!

Ayu Safieza said...

wohohohoho.....kak rose.......dah 4 kali pingsan tgok itew wudang tergoleks posing.......tak nak semangkok....sepuyok ok x kak? :)

hana said...

gune spageti kak eh?? njaluk jugak semangkok kak! hihihihi

Kak Rose said...

izah, posing kasi lawo2 biar sedap dimolot n mata memandang!hihihi

Kak Rose said...

Ayu, sekali sudahle... kang susah lak kak rose nak anto mee ni... x de orang nak bukak pintu nnti...

Kak Rose said...

nduk, guna spageti... stok yg senang disimpan dirumah! ada banyak stok ni.... 6 packs

Nieza said...

kak Rose nak order semangkuk kak...tak thn nengok udang tu dok posing tu...terliur dh ni...hehe akak, saya pun guna spagethi jer kak...sini mana ada mee kuning...belasah jer sedap juga.

Kak Rose said...

Nieza, spageti tu je yg senang nak buat stok.. simpan lama pun x pe... senang kan... udah abes dah... spageti kering ada le!

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Syok tenguk mee, ni memang sedap tiba..tiba jadi lapar balik.

Kak Rose said...

Paty, sesekali pekena mee udang sedap gak...

Sofya said...

wah! sesuai ngan nama..
besar udang tu...
meh skit...

Ayu Safieza said...

kak rose...ayu dah abiskan stock wudang tew.....mm sedap mee wudang ni...:)..mai la jengok mee udang ayu yang tak presentable tuh!!!